Quantcast
Channel: Thus Spake The Vampire
Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

Binatang ajaib

$
0
0
Selepas maghrib tadi, saya mendapat panggilan dari kawan saya, Masrol ataupun lebih dikenali sebagai Ayam di kalangan rakan-rakan dan media cetak, amnya.


Ayam adalah seorang manusia yg simple dan tidak suka berlagak. Ini kerana memang dia takde apa² keistimewaan. Kalau ada pun, cuma dia satu opis dengan Azhar Sulaiman. Dah, itu ajer.


"Hahaha. aku baru je lalu tol. ada sekor mamat tu jadi sebijik macam kau. Punya la konon hati mulia, last2 dia yg sangkut. Sebijik macam cerita kau. Terus aku ingat kat kau. Hahaha" kata ayam.


Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, encik Ayam merujuk kepada entri saya yg bertajuk 'melepaskan kereta yg tersepit'.


"Cheh. Itu aje ker. Sanggup call aku semata-mata tu? Hahaha"


"Ye la. aku cukup suka baca blog kau. Hari-hari aku baca. Aku selalu baca sama-sama dengan azhar sulaiman. Kadang-kadang kitorang discuss pasal kau time lunch. Tapi, apsal kau sekarang dah lama tak update?"


"Haha. Sorri la weh. aku busy macam mesin basuh ni. Takpe, kalau malam ni ada masa, aku tulis. Khas untuk kau" saya berkata dengan humble. Saya memang tak suka orang up-up saya ni. Riak dan takbur bukan ciri-ciri seorang mohd yoshz.


"Ok bro. Kau mmg da best. terharu aku mendengar nya. ok ciao" Ayam pun letak telepon. Saya tau dia terharu sangat, sampai sebak tak mampu nak cakap apa.


Selepas itu, saya perasan waktu Isyak dah nak masuk. Saya pun terus mengerjakan ibadah makan malam. Sambil makan saya fikir, apa pulak perkara yg mengingatkan saya terhadap Ayam? Saya tak tahu. Tak adil rasanya kalau begitu.


Saya pejam mata erat-erat. Relax. Tumpukan perhatian dan berfikir.


Tak dapat apa.


Kalau dah tak pandai tu, buat la camna pun bukan boleh dapat jawapan. Saya tak tau. Bila saya pejam saya cuma nampak binatang-binatang. Ah, tak kisah la. Bukan penting pun.


Bila orang tanya apasal lama tak update, saya cuma fikir, penting ke benda-benda ni? Blog-blog ni? Tak penting pun.


Lagipun ada banyak benda yg perlu saya fikirkan. Tentang kerja misalnya, dan juga 'my big day'. Hehehe. Haruslah kamu menyimpan sekarang bagi membelikan saya peti sejuk. Air cond berkuasa 6 kuda laut, takpun TV Soni 300 inci. Blender-blender, toaster, tempat sangkut sudu apa semua tu tak mahu. Hehehe.


Saya gemar menulis blog. lagi gemar membalas komen. sangat mencabar okayy. Tapi, ada masanya kita harus membezakan mana satu kepentingan, mana satu keinginan.

Jadi, apaaaaa yang pentinggg?


Kerjaaaaaa-saaaamaaaa!!!




Bersama-sama dengan Wonderpets hari ni di dalam episod "wonderpets selamatkan unta"

Sheeesh. Kenapa otak saya asyik pikir binatang sejak petang tadi?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 25