Quantcast
Channel: Thus Spake The Vampire
Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

The chronicles of Rania: Siri bapak-bapak

$
0
0
Halo. Kali ini entri bersifat bapak-bapak. Jadi bersempena maal hijrah 2010 (tahun hijrah tak ingat), saya berazam untuk menjadi bapak mithali. No more lawak tandas lagi.

Serious stuff first, fart jokes later.


Pada 29/3, isteri saya disahkan hamil. (barangsiapa yg gatal mulut kata kami bunting sebelum kawin, pastinya Matematik moden kamu gagal teruk). Masa tu kitorang baru je kahwin 2 bulan. Pada mulanya kami sangat terkejut. tak sangka kami sesubur tu. hehe. Apa2 pun kami menerima sahaja ketentuan Ilahi walaupun sebenarnya mcm tak caya.

Setelah beberapa bulan dan beberapa siri scan, baru kami percaya.


Haaha. tgk tu. kesian muka dia terperosok sebegitu rupa. padan muka. Ini gambar masa umur kandungan 25 minggu.


Yg ini usianya 33 minggu. dah boleh jelir lidah. blerrrkkk!!! Matanya lebam pasal distortion gambar. bukan psl kena tumbuk.

Sepatutnya bini saya dijadualkan beranak pada 20/11. Tapi, pada hari itu langsung tiada tanda2 nak beranak. Bosan tunggu kat rumah, kitorang pun pergi makan yong tau fu kat depan ampang putri. Lepas tu sambung pulak kat coffee bean, juga depan ampang putri. Senang, kalau nak
terberanak lintas je jalan, terus boleh beranak.

Pada keesokan harinya, hari ahad. kami bangun awal dan tengok Pocoyo. Hehe, tipu je.
Still takde tanda2 mau bersalin. Jadi, kami pun pergi berjalan2 kat Empire. Dengan harapan berjalan kaki dapat merangsang kelahiran bayi.

Malangnya, takda apa pun yg berlaku. Esoknya, isnin. Kami pergi berjumpa doktor untuk mengecek kandungan dan pintu rahim samada dah terbukak atau belum. Makanya, belum terbukak.

Selasa. Nothing. Rabu pun takdak. Doktor cakap, kalau esok takde jugak. Kena induce.

Tiba hari khamis, doktor memasukkan kami ke labour ward buat sementara waktu. Walaupun sepatutnya masuk maternity ward single room, tapi takde yg available. Kami pun pasrah je la.

Jadi proses menginduce pun bermula. Start pukul 4.50pm. Tapi sampai ke malam takde apa yg berlaku. Tak dilate pun. Penantian kami tidak berhasil. Kami dipindahkan ke maternity ward malam itu jugak kerana misi gemuk tu tak tahan tgk beg kitorang kat labour ward.

**proses menunngu semasa kena induced di labour ward.

Kami pun bermalam di maternity ward.

26/11/10. Hari jumaat. 5.00 pagi. Kami dikejutkan oleh nurse untuk membuat pemeriksaan CTG. Hasil pemeriksaan mendapati bahawa degupan jantong bayi amat lemah. Doktor memutuskan untuk melakukan Caesarean untuk mengelakkan sebarang komplikasi yg tidak diingini.

Isteri saya terus dibawa ke Operation Theatre pada pukul 7am. tanpa berlengah-lengah. Kami berasa terkejut dan terpinga-pinga kerana langsung tak bersedia. Dari segi mental, fizikal dan juga kewangan.haha.

Saya tidak dibenarkan masuk. Saya disuruh tunggu luar. Saya tunggu keseorangan kerana pada masa itu awal pagi. Tiada org lain ketika itu.

Pada pukul 722am, saya terdengar tangisan bayi. Saya meluru ke arah bilik pembedahan dan ternampak seorang Nurse berbangsa india sedang menatang bayi. Dia bertanya," Encik suami Elina?" Ya, kata saya. "Nah, ini anak Encik!" katanya.

Pertama kali melihat anak sendiri, saya tak tau nak cakap apa. She was the most beautiful baby i've ever seen. Ke pasal dia anak aku, sebab tu aku rasa camtu haha. Acara seterusnya..

Tuan2 dan puan2, buat pertama kalinya dalam masa berpuluh tahun, Encik Hassanul kita telah...

melaungkan azan. haha. omg. sedap jugak suara aku. Ketika saya melaungkan azan, dia berhenti menangis seketika dan membuka mata dengan luas.

Dialah, HANNAH RANIA BT HASSANUL HADI...

**masa baru kuar

**siri bercakap dgn Mr giraffey.

**ekspresi muka dia waktu nak berak. mulut muncong2.


**babai...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 25