Quantcast
Channel: Thus Spake The Vampire
Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

Kisah rakyat: Penunggu perigi yg kasihan

$
0
0

*cerita ini diceritakan oleh bekas budak praktikal aku dulu.

Dalam sebuah kampong tinggal sepasang couple yg sweet. Mereka adalah Haji Mustapa Kompang dan isteri beliau, Hajah Lisa Surirumah.

Hajah Lisa adalah seorang isteri yg baik, pandai masak tapi kuat berleter. Manakala, Haji Mus pula seorang yg temper, kuat makan dan tak tahan kena bebel. Mmg betul2 opposites attract.

Pada suatu hari, entah apahal mood Hajah Lisa kurang baik. Habis haji Mus kena sembur dgn teruk sekali.

“Apa la awak ni. Siang malan tak habis2 dengan kompang. Tak ke mananya. Orang sekarang kawin kat dewan, kat hotel. Dah tak main kompang2 ni semua. Kalau ada pun pakai kaset. Cubala keep abreast sikit with recent development. ..” Pok pek pok pek adalah nak dekat 2jam kena bebel.

Haji Mus yg sememangnya dah lama bengang dgn bini dia, tak boleh blah terus angkat bini dia pastu humban dlm perigi buta.Brutal gila babi.

“Ah tak tahan saya dgn awak ni. Kalau nak membebel jugak, awak duduk la dalam tu bebel puas2” marah Haji Mus sambil korek hidung dgn cotton bud. Pastu campakcotton bud dlm perigi. Kacak gila.

“eh, awak ingat awak boleh hidup tanpa saya? Siapa nak masak nasik untuk awak? Kalau gas abis, awak tau ke nak order gas kat mana? “ Pok pek pok pek lagi.

“Ah diam la.! “ Haji Mus tutup telinga, sambil lari masuk rumah. Kalau tgk dari jauh, nampak mcm Haji Mus merajuk dengan perigi.

Malam itu, Haji Mus mula diserang rasa guilty. Pasal takde siapa masak dinner. Haji Mus tabahkan hati bedal maggi. Esok pun sama. Setelah dua tiga hari tak makan proper, Haji Mus mula berfikir.

“Tak syok pulak camni. Bebel bebel pun, bini aku masak sedap.Ah, lantakla. Dia masak, aku makan. Kalau dia bebel, aku lari masuk jamban. Haha. Pandai jugak aku. Mcm Ketua saintis Dunia”

Hari itu juga, haji Mus pergi balik ke perigi tu untuk memujuk isteri beliau. Pujuk punya pujuk, hajah Lisa pun memaafkan suaminya. How sweet..

Haji Mus pun mencampakkan tali ke dalam perigi untuk menarik bininya keluar. Setelah merasa tali itu dienjut, Haji Mus pun menarik sekuat hati.

Alangkah terkejutnya Haji Mus apabila mendapati bahawa bukan bininya yg keluar, tetapi seekor monster yg hodoh, hitam, berbulu tebal, mata merah, kuku panjang, gigi tajam, baju tak gosok.

Haji Mus yg sememangnya brutal, terus tempelengmakhluk tu laju2, pastu picit nipple dia.

Aduh, sakit cikgu! teriak makhluk itu. Lututnya menggigil seperti terkena jangkitan kwashiorkor.

"Kau siapa?" Haji Mus picit nipple satu lagi.

“Aku penunggu perigi ni. Dah 400 tahun aku tunggu dlm perigi”

“Habis tu, apasal kau keluar?”

“Dah 3 hari aku kena bebel. Mana boleh tahan” kata penunggu perigi yg kasihan itu.

Sekian cerita dongeng saya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 25