Quantcast
Channel: Thus Spake The Vampire
Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

Perpustakaan puaka

$
0
0
Masa tu saya darjah lima. Kut. Sekolah kebangsaan saya ada perpustakaan baru. Cuti sekolah pun dia ada bukak.

Jadi, pada suatu hari cuti sekolah, saya pun ingin ke perpustakaan untuk meminjam buku. Saya rasa happy sangat pasal boleh pergi tak payah pakai baju sekolah, seluar sekolah ngan kasut sekolah. Pasal cuti sekolah. Pakai selipar ngan seluar trak bot sudah...

Lagipun kasut sekolah saya belum kapur lagi. Saya pun tak reti nak ikat tali kasut bentuk telinga rabbit tu. Biasanya kakak saya yg ikatkan. Tapi hari tu dia keluar ngan pakwe dia pergi yaohan.

Sampai kat perpustakaan, saya pun masuk dengan bergaya.

"Dik, sini tak boleh pakai selipar dik!" kata akak pustakawan di sana sambil menunjukkan satu poster gambar selipar kena palang. Yg dilukis dgn Buncho colour.

Cis. Menyusahkan orang. "sekejap aje. Tak boleh ke, kak?" kata saya.

"tak boleh. nanti cikgu panitia BM ambik nama. pergi balik tukar kasut dulu. shooh" kata akak tu dgn sopan.

"kalau camtu, saya datang balik la kejap lagi" -saya sedih.

Selepas beberapa ketika, saya masuk balik. Kali ni dgn lebih bergaya. Akak tu pandang saya atas bawah.

"Dik, kaki ayam pun tak boleh!!"

-----------------------------------

Saya pasti bila saya datang balik esok, mesti dah ada poster baru gambar kaki kena potong. Yg dilukis dgn Buncho colour.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 25