Pernah kah anda ingin menolong seseorang, tetapi akhirnya anda juga yg nampak bodoh macam lembu susu?
Saya pernah! [tumbuk nyamuk seperti iklan racun serangga]
Mengkala malam yg sepi itu, saya melalui Lebuhraya bertingkat untuk pergi dating di jalan Ampang. Apabila tiba di tol, saya memilih untuk menggunakan touch n go bagi perjalanan yg lancar, mesra dan mudah.
Kat depan saya, ada sebiji kereta kaler biru entah apa jenis saya memang tak tau. tapi saya mmg pasti itu kereta. Kereta tu berhenti untuk menge'titt' kadnya. Saya nampak tangan keluar dari tingkap kereta nak 'titt' dekat reader tu. Tapi gagal, pasal tangan dia pendek.Dahla pendek, berenti jauh pulak tu. Sedar la diri sikit.
Rupa2nya kereta itu dipandu oleh seorang amoi. Dia keluar untuk menge'titt' kadnya dekat2. Tapi masih lagi gagal. Mungkin kredit dia dah habis. dengan penuh rasa malu dan tawaduk amoi itu memberi isyarat kepada saya untuk berundur supaya dia dapat mengeluarkan kereta dan membayar secara manual.
Tetapi saya kesian kat dia. Lagipun, kereta belakang saya dah beratur panjang. Menyusahkan orang pulak nanti. Saya memang macam ni. Sangat considerate pada hati dan perasaan ramai orang. Terutamanya dekat orang miskin.
Saya bagi kad Touch 'N Go saya pada dia. "u use my card first and return it back to me once u pass the palang" Dia senyum dan cakap ok. Saya mmg tak kisah. Saya suka tolong orang walaupun saya anak orang kaya. Kredit dlm kad saya pun banyak lagi. Ayahanda saya baru top-upkandari North Carolina.
Lepas dia lepas palang itu, amoi tu pun pulangkan balik kad saya. beriya-iya betul dia cakap thank you kat saya. Setakat Rm1.50 apalah sangat. Dengan penuh humble, saya tersenyum dan buat muka Dafi ajer.
Sekarang giliran saya pulak nak guna kad. Titt!! Haha. Palang tu sikit pun terbukak. Saya masih lagi bertenang.
Kali kedua, Titt!! Haa cilaka punya sistem. Langsung tak boleh pakai. Ini semua Sami Velu punya pasal. Saya tekan butang untuk mendapatkan bantuan dari abang tol. Dan suara cilaka abang tol yg saya dengar dari interkom tu takkan saya lupa sampai mati.
"Bang, mana boleh guna kad dua kali! takkan tak tau?"
"mana saya tau. selalunya driver saya yg buat" tempik saya sambil betulkan rambut. Blonde moment sekejap.
Plaza tol malam itu menyaksikan seorang lelaki sasa keluar dari kereta dan memohon simpati kereta2 lain yg beratur panjang untuk gostan dan memberi laluan kepadanya untuk ke laluan tunai.
Lepas je bayar tunai, saya nampak amoi itu kat tepi jalan, melambai2 tangan sebagai tanda terima kasih. Saya hanya pandang depan. Muka Dafi saya kini menjadi muka lan si.