**Dr. Mohd Yoshz sedang bersedia untuk menyambut kelahiran bayi songsang
Kerja saya memerlukan saya pergi ke hospital2 di seluruh negara. Pada suatu hari, saya kena pergi ke sebuah institut jantung terkemuka negara. Nama hospital terbabit perlu dirahsiakan untuk menjaga maruah kakitangan mereka.
Saya pergi ke sana untuk memeriksa sistem Master Clock di Operation Theatre. master clock adalah suatu sistem di mana kesemua jam di bilik pembedahan menunjukkan masa yg sama. Pukul, minit dan saat semua pun sama. Masa akan diseragamkan secara automatik pada pukul 12 pagi dan 12 malam. Ini perlu supaya waktu kematian dan pembedahan adalah sama bagi semua bilik. Nurse2 juga dapat keluar rehat pada waktu yg sama.
Ketika sedang memeriksa sebuah jam berdekatan dengan kaunter nurse, saya terkial2 kerana jam itu agak tinggi. Saya cuba mencari kerusi untuk dipanjat, tetapi yg ada cuma kerusi yg ada roda. Saya takut nanti panjat kerusi tu, ia menggulungsur lalu saya jatuh terjungkang ke belakang. Ego saya pasti tercalar.
Salah seorng nurse memerhatikan saya. Bukan nak tolong pun. tengok je. Tak guna. saya memberanikan diri dan bertanya..
"Nurse, ada tangga tak?"
"Ada" ujar beliau. saya berasa lega kerana kerja saya bertambah mudah. Tak payah nak terjengket2 mcm orang bodoh.
Nurse itu membawa saya ke hujung koridor. Mungkin tangga diorang simpan tersorok kat belakang2, getus hati kecil saya.
"Ha, ni tangganya" katanya sambil menunjukkan pintu tangga kecemasan.
Separuh hati saya mati dengan serta-merta.
Bodoh macam obor-obor.