Quantcast
Channel: Thus Spake The Vampire
Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

Kisah pakcik yang unik

$
0
0
Ehem. Saya belum tido lagi. Pasal ada citer godfather kat TV. Ini kali ke 93 saya dan isteri menonton filem ini. Sampai dah naik hafal part mana Marlon Brando kesat2 pipi. The monday, tuesday,tussday.....bla bla bla.

Oh ya, saya baru jawab komen untuk 4 bulan lepas punya entri. anyway,

Petang tadi, seperti biasa saya pergi ke sebuah hospital sakit jantung. Ada kerja. Dalam pukul tiga lebih, saya rasa nak kencing. Jadi, saya pun pergi tandas yg berhampiran.

Dalam tandas itu, ada beberapa cubicles. Saya biasa pilih cubicle daripada urinal bowl. Rasa cam half-flasher kalau kencing kat bowl. Lagipun saya ni pemalu.

Salah satu daripada cubicles tu, pintu dia agak besar sikit berbanding yg lain. Saya pun berjalan masuk menuju ke situ.

Ketika itu terdapat seorang pakcik tua yg sedang cuci2 tangan dan betulkan seluar dekat sinki. Dia batuk2 dan berdehem mcm ermm, orang tua biasa. Pasal apa org tua suka batuk2 dan berdehem kat tandas saya pun kurang pasti.

Setelah saya masuk ke dalam kubikel tersebut, saya pun get ready, baca doa kencing, pejam mata carik feel dan berdiri tegak. Saya nak tutup pintu tapi malangnya, selak dia dah rosak. Saya pikir apadahal, saya rapatkan je la. Bukan ada org lain pun, pakcik tua tadi pun dah nak keluar.

and the plot thickens......

Baru je nak bukak zip, tetiba je pintu saya ditolak oleh pakcik tua tadi. Dia buat muka selamba nak masuk. Saya panik ketika itu. Saya pun, "ehhh....pakcik!!"

Dia pun 'ehhhh' balik kat saya. Kami bertentang mata buat seketika. Apahal lak ni???

Pakcik tua lahanat itu pun berkata,

"Sorry dik, ingatkan ni pintu keluar"

Viewing all articles
Browse latest Browse all 25